Archive for 2022

SOALAN PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN BAHASA ARAB TAHUN 4


 Disebabkan aku buat soalan bahasa arab tahun 4 jadinya aku kongsikan SOALAN PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN BA TAHUN 4 yang aku pandai-pandai buat ni. Kalau sahabat-sahabat nak guna boleh la download dan edit semula ya.
 Moga bermanfaat.


Friday 23 December 2022

DOAKU BUAT PASANGAN MEMPELAI


 Barokallahu lakuma wa baroka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khoir.

 Jom ucapkan doa ini untuk sahabat-sahabat kita dan pasangan halal mereka.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Ramai sahabat-sahabat yang bakal mendirikan rumah tangga di waktu cuti sekolah ni, anak kawan aku pun ada yang bakal menyambut menantu. Aku bila lagi? hahaha anak aku belum tumbuh gigi lagi. Inshaa allah masanya akan tiba juga hanya Allah yang bakal menentukan samada aku sempat atau tak menjadi walinya akan datang kelak.

Doa ni juga selalu aku ucapkan pada kawan-kawan yang menyambut ulang tahun perkawinan dorang, moga rumah tangga dan ikatan perkahwinan dorang sentiasa dalam sakinah (kedamaian), mawaddah (kecintaan) dan rahmah (kasih sayang) dari Allah swt... Ameen.

Selamat pengantin baru buat semua pasangan mempelai. Semoga kebahagiaan milik kalian hingga ke syurga. 









TEKA SILANG KATA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6


 Sedikit perkongsian mengenai aktiviti Pendidikan Islam tahun 6 sekolah rendah. Moga bermanfaat.



Thursday 22 December 2022

SIGNAL DAN ADAB

 


Ada sebuah kereta yang membelok di satu simpang secara tiba-tiba tanpa menyalakan signal keretanya dan membuatkan anda terkejut dalam pemanduan... anda pun mengucapkan;

a) Astaghfirullahal 'azim... isterinye nak bersalin agaknye (baik sangka), moga baik2 saje pemandunya...
.
b) Astaghfirullahal 'azim... kurang ajar betul... tak ambil lesen memandu ke?!
.
c) Astaga, setan betul!! Cabut je la lampu signal tu klu tak guna!!! Setan!!
.
d) Hoii, ko gila ke ape belok macam tu je hah?!! Kurang ajar betol, masuk parit la kau pasni...
.
e) Syaitooon!!! B**i!! B**aw*!!! Cengkodok punye driver!! Aku sumpah tayar kereta kau bocor, masuk longkang, setaan!!!
.
f) Hon dan kejar kereta tersebut.
.
g) Anda adalah pemandu yang kena maki tersebut.😏?

 * Sejujurnya, anda di mana bila berlaku situasi begini... a,b,c,d,e,f atau g...?
.
Renung2kan dan selamat beramal. 😁


TARSIA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6


Sedikit perkongsian mengenai aktiviti Pendidikan Islam tahun 6 sekolah rendah. Moga bermanfaat.



NIKMAT YANG SERING DIPERSIAKAN

 


Salam penghulu segala hari...Jumaat.

Moga sahabat-sahabat ceria selalu.. syukur.

Sarapan apa pagi ni, nak lunch apa nanti, dinner kat restoren mana malam ni... terpulang pada sahabat semua. Dapat merasai pelbagai masakan yang sedap-sedap adalah satu nikmat... syukur.

Cuti berteman batuk yg menjengkelkan, namun tetap bersyukur, kalau tak kau bedal makan macam-macam kan... kata  nabi kalau makan tu 'makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang' kan... tapi kau tak ikut pun, masih selera kan... jaga2 ade yg tunggu tu...huii... 👻

Masih dalam fasa warm up menggodeh pujaan hati, laptopku. Mengisi kelapangan masa yang sering berbaring melayan kepala yang senoneng. Konon2 nak cari idea yang fresh. Mungkin boleh dikongsi. Alhamdulillah, jari-jari pinjaman ni masih boleh menekan keyboard... syukur. .

Nak buat ape ni...?

Nak diet lah... tapi takut kelaut.

 


TARSIA BAHASA ARAB TAHUN 5


 Sedikit perkongsian mengenai aktiviti bahasa arab tahun 5 sekolah rendah. Moga bermanfaat.



BEREHATLAH DUHAI GURU


BEREHATLAH DUHAI GURU
.
Kerna kau manusia biasa,
Kerna kau juga punya keluarga,
Leraikanlah lelahmu,
Cukup dulu kau tebar samudera ilmu.
.
Bertenanglah,
Pulihkan kewarasanmu,
Hingga kau ketemu sinar,
Kau masih punya harapan.
.
Kumpulkanlah kudratmu,
Agar terus kuat bertenaga,
Menumpah segala ilmu,
Menerjah hebat ke masa hadapan.
.
Moga tabah jadi pendinding,
Moga ikhlas hiasan hati,
Moga anak bangsa terus terbimbing,
Moga ilmu mekar diberkati.
.
-sunan-

 

MAJLIS SELAUT KASIH SELAYAR KENANGAN

 


Majlis ini adalah majlis persaraan boss aku. Insan hebat, insan kuat dan insan yang punya sikap toleransi yang sangat tinggi kepada cikgu-cikgu di sekolah aku SK Sri Pulai Perdana. Tak tahu nak terjemahkan macam mana lagi kebaikannya pada kami.

Hanya titipan doa agar beliau dikurniakan kesihatan dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Selamat bersara dan selamat berehat bersama keluarga tercinta.

Di sini juga aku ada buatkan video montaj sempena majlis persaraan beliau. Video ni pun atas request beliau juga nak aku yang buatkan padahal di sekolah tu punya lah ramai cikgu yang pakar buat video, tapi beliau nak aku juga yang buatkan. Moga beliau gembira dan puas hati dengan hasil yang tak seberapa dari aku ni.... Jom tengok!!! 


TEASER SAY YUMMY!!!

 

Assalamualaikum... dah genap setahun segmen khas Say Yummy!!! bersiaran. Segmen khas ini di bawakan oleh Akademi Youtuber Malaysia dengan kerjasama e-Didik dan Kelab Guru Malaysia. Banyak lagi segmen khas yang telah bersiaran oleh para youtuber di kalangan guru-guru Malaysia. Say Yummy adalah satu program yang mengupas rahsia pemakanan Nabi Muhammad SAW. Segmen ini juga turut berkongsi khasiat makanan-makanan sunnah disulami cadangan menu menu menarik yang boleh disajikan menggunakan makanan makanan sunnah sebagai asas dalam hidangan serta tips dan nasihat kesihatan untuk diterjemahkan dalam kehidupan segenap lapisan masyarakat.
Di sini aku kongsikan link untuk teaser Say Yummy untuk kumpulan kami, jom sama-sama tonton:


Wednesday 21 December 2022

ROTI JALA SARA





Jom tengok Sara masak roti jala. Jadi ke tak belakang kira, yang penting pengalaman.
Sebenarnya, ini adalah salah satu tugasan sekolah Sara untuk membina keyakinan diri dan semangat bekerjasama antara keluarga. Cuma nak rakam si Sara ni masak agak mencabar. Berpeluh dibuatnya, belum dengan sesi ulang rakam lagi. Tapi alhamdulillah dia tak bosan dan ikut je arahan, dan yang paling penting sekali Sara gembira dapat makan roti jala yang dia tebar sendiri. Terima kasih juga buat umminya yang habiskan masak roti jala... 


Jom tengok video kami masak di sini:


 

JOM KEMAS BLOG YANG BERSAWANG NI!!!


 Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Serius lah nak buat blog baru??? Bagi aku memang tak lah nak buat yang baru. Cuma aku boleh upgrade je blogspot ni jadi domain, baru gempak kan... post-post aku yang lama tu aku biarkan dulu samada nak buang atau kekal sampai bila-bila. Semenjak tahun 2013 aku tinggalkan dunia blogger ni, kiranya dah 10 tahun la blog aku ni bersawang.

Fokus sekarang kena tukar segala tajuk-tajuk penting, mulanyakan blog ni lebih kepada bisnes, sekarang aku nak cuba cacamarbakan lagi biar pening orang tengok... hahaha

Apapun yang terjadi untuk hari ini dan hari-hari yang mendatang aku serah pada Allah swt. Aku hanya merancang dan yang selebihnya tu hanya Allah Yang Maha Kuasa menentukan.

Wallahu 'alam...




Tuesday 20 December 2022

::::::::::::::::::::: SUBHANALLAH :::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::: ALHAMDULILLAH :::::::::::::::::::

MY FRIENDS

TOTAL PAGEVIEWS

::::::::::::::::: LA ILAHA ILLALLAH :::::::::::::::::
encik sunan. Powered by Blogger.
:::::::::::::::::::: ALLAHU AKBAR ::::::::::::::::::::

- Copyright © ENCIK SUNAN -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -