Archive for January 2023
๐ด [LIVE] SKOR CEMERLANG UASA SEKOLAH RENDAH ANJURAN AKADEMI YOUTUBER DENGAN KERJASAMA JPN SABAH [SIRI 8]
SKOR CEMERLANG UASA [Ujian Akhir Sesi Akademik] anjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama JPN Sabah akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
07 JANUARI 2023 (SABTU)
[SIRI 8]
๐ Tajuk : Bahasa Inggeris Part 4 & 5
⏰ Masa : 8.30 malam
๐ฉ๐ป๐ซ Penceramah : Zatusy Syamam binti Naim
๐ซ Sekolah : SK Tambun Tulang, Perlis
✅ Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=l7wPJP7dWjQ
Rujuk JADUAL PENUH di pautan :
https://www.akademiyoutuber.com/2023/01/live-skor-uasa-sekolah-rendah-anjuran.html
✅ E-sijil disediakan kepada semua peserta pada penghujung siri program
#AkademiYoutuber
#JPNSabah
#UASASekolahRendah
TIGA SIFAT JAMINAN SYURGA
Tiga Sifat Mendapat Jaminan Syurga
ุนَْู ุฃَุจِู ุฃُู َุงู َุฉَ َูุงَู َูุงَู ุฑَุณُُูู ุงَِّููู ุตََّูู ุงَُّููู ุนََِْููู َูุณََّูู َ ุฃََูุง ุฒَุนِูู ٌ ุจِุจَْูุชٍ ِูู ุฑَุจَุถِ ุงْูุฌََّูุฉِ ِูู َْู ุชَุฑََู ุงْูู ِุฑَุงุกَ َูุฅِْู َูุงَู ู ُุญًِّูุง َูุจِุจَْูุชٍ ِูู َูุณَุทِ ุงْูุฌََّูุฉِ ِูู َْู ุชَุฑََู ุงَْููุฐِุจَ َูุฅِْู َูุงَู ู َุงุฒِุญًุง َูุจِุจَْูุชٍ ِูู ุฃَุนَْูู ุงْูุฌََّูุฉِ ِูู َْู ุญَุณََّู ุฎَُُُููู
Dari Abu Umamah ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan pendustaan meskipun bersifat gurau, Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang memperelok akhlaknya." (HR Abu Daud No: 4167) Status: Sanad Sahih
Pengajaran:
Rasulullah memberikan jaminan syurga kepada mereka yang memiliki sifat-sifat berikut:
1. Meninggalkan perdebatan walaupun dia dipihak yang benar.
a. Orang yang berdebat @ berbantah-bantahan, akan berusaha mengalahkan lawannya dengan berbagai cara seperti mencela, memperleceh dan menghina lawannya dan menunjukkan keegoan untuk mempertahankan pandangannya.
b. Tidak semua perdebatan dilarang. Contoh yang dibenarkan ketika mempertahankan aqidah. Walaubagaimanapun berdiskusi itu lebih baik.
2. Meninggalkan perbuatan berbohong meskipun bersifat gurauan.
(Islam menuntut kejujuran dalam pertuturan mahupun penulisan)
3. Memperelok akhlaknya.
(Berbudi pekerti mulia ketika berinteraksi dan berhubungan dengan kawan dan lawan)
Milikilah sifat yang Rasulullah SAW memberi jaminan syurga. Orang yang meninggalkan perdebatan, rumahnya ditepi syurga. Orang yang meninggalkan pendustaan, rumahnya ditengah syurga. Orang yang memperelok akhlaknya, rumahnya paling tinggi di syurga.
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
๐ด [LIVE] SKOR CEMERLANG UASA SEKOLAH RENDAH ANJURAN AKADEMI YOUTUBER DENGAN KERJASAMA JPN SABAH [SIRI 7]
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera
SKOR CEMERLANG UASA [Ujian Akhir Sesi Akademik] anjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama JPN Sabah akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
07 JANUARI 2023 (SABTU)
[SIRI 7]
๐ Tajuk : Sains Bahagian A & B
⏰ Masa : 3.30 petang
๐ฉ๐ป๐ซ Penceramah : Hamidah binti Mat & Nor Hayati binti Ismail
๐ซ Sekolah : SK Senawang, Negeri Sembilan & SK Pekan Baharu, Johor
✅ Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=p5AuES6A9lA
Rujuk JADUAL PENUH di pautan :
https://www.akademiyoutuber.com/2023/01/live-skor-uasa-sekolah-rendah-anjuran.html
✅ E-sijil disediakan kepada semua peserta pada penghujung siri program
#AkademiYoutuber
#JPNSabah
#UASASekolahRendah
KEBAIKAN MINYAK ZAITUN
Jom kita sama-sama amalkan minum minyak zaitun ni dan mengekalkan gaya hidup sihat.
๐ด [LIVE] SKOR CEMERLANG UASA SEKOLAH RENDAH ANJURAN AKADEMI YOUTUBER DENGAN KERJASAMA JPN SABAH [SIRI 6]
ARUZR : BUMBLE BEE #1155
Hahahaaa inilah kalau aku dah tak cukup kerja, jadinya aku mendeko-dekolah benda yang pelik-pelik.
Antaranya kereta aku ni. Sebenarnya aku deko gambar kereta ni selepas aku ambil kereta ni tahun 2019. Sebelum tu aku dah rancang dalam wad nak beli kereta baru tukar myvi (king) aku tu yang dah 10 tahun berjasa. Aku suka myvi sebab dia lincah.
Masa rawatan dalam wad tu aku berkira-kira lebihan duit cukup ke nak bayar kereta baru bulanan. Habis kira-kira jawapannya alhamdulillah cukup.
Dalam wad aku dah survey kereta apa yang aku nak. Pilihan pertama mesti tinggi dan kedua mesti perodua. Ketiga cari jurujual dari perodua. Aku pilih jurujual dari Perodua Seri Kembangan. Disebabkan aku di Johor makanya kereta dipos ke Johor. Alhamdulillah, Allah permudahkan untuk dapatkan kereta baru, seminggu dapat kereta. Jurujual tu memang osem dan pantas buat kerja.
Myvi aku? Aku trade in dengan Aruz ni. Tak dapat banyak sebab myvi tu macam dah lunyai aku kerjakan. Terima kasih atas jasamu myviku.
Alhamdulillah, dengan Aruz yang baru ni dapat aku lunaskan niat nak bawa keluarga keliling semenanjung Malaysia.
Alhamdulillah3x...
๐ด [LIVE] SKOR CEMERLANG UASA SEKOLAH RENDAH ANJURAN AKADEMI YOUTUBER DENGAN KERJASAMA JPN SABAH [SIRI 5]
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera
SKOR CEMERLANG UASA [Ujian Akhir Sesi Akademik] anjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama JPN Sabah akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
06 JANUARI 2023 (JUMAAT)
SEDEKAH SUBUH : ADA KE?
Assalamualaikum...
Ada ke sedekah yang dinamakan sedekah subuh ni...? Haaa jom kita tengok.
Saranan ini
dikatakan bersumber kepada satu hadis yang menyatakan bahawa malaikat yang
turun pada waktu pagi, akan mendoakan balasan harta kepada orang yang memberi
sedekah.
Maksudnya : Tidak
ada hari yang mana para hamba itu berpagian padanya melainkan terdapat dua
malaikat yang turun, lalu salah satu dari mereka berkata : “Ya Allah,
berikanlah ganti kepada orang yang melakukan infaq (sedekah)”. Manakala
malaikat yang satu lagi berkata : “Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada orang
yang menahan hartanya (dari sedekah)”.
[Riwayat Al-Bukhari
(1442), Muslim (1010)]
Hal ini seolah-olah
menggambarkan ada sedekah khusus yang perlu dilakukan pada waktu Subuh. Walau
bagaimanapun, menurut Ustaz Muhammad Fahmi Rusli, salah seorang penulis bagi
laman web Mufti Wilayah Persekutuan, beliau berkata bahawa hadis ini
tidak menunjukkan tentang sedekah pada waktu Subuh, tetapi tentang dua
malaikat yang turun pada waktu ini dan mendoakan semua orang yang bersedekah
tidak kira pada bila-bila masa.
Bahkan dalam riwayat
lain, ada juga diceritakan tentang malaikat yang turun pada waktu Maghrib lalu
mendoakan orang yang bersedekah, tetapi hal ini tidak pula disebut-sebut
sebagai Sedekah Maghrib.
“Dan tidak terbenam
matahari melainkan pada dua sudutnya terdapat dua malaikat yang menyeru : Ya
Allah, berikanlah gantian kepada orang yang menginfaqkan (hartanya). Dan
berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (kedekut dan bakhil).”
(Riwayat Ibn Hibban dalam Sahih
Ibn Hibban (3329)
Sekarang jelaslah
bahawa tidak ada sedekah yang dikhususkan pada waktu Subuh. Menurut Ustaz
Muhammad Fahmi Rusli lagi, hal ini berbeza dalam beberapa keadaan yang
dinyatakan dalam dalil sahih, bahawa ganjaran amal soleh memang dilipatgandakan
apabila dilakukan pada bulan Ramadan, di bulan-bulan haram dan di dua tanah
haram.
Pilihlah untuk
bersedekah pada bila-bila masa sekalipun. Keistimewaan sentiasa ada buat orang
yang bersedekah.
Wallahu'alam...
๐ด [LIVE] SKOR CEMERLANG UASA SEKOLAH RENDAH ANJURAN AKADEMI YOUTUBER DENGAN KERJASAMA JPN SABAH [SIRI 4]
SKOR CEMERLANG UASA [Ujian Akhir Sesi Akademik] anjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama JPN Sabah akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
06 JANUARI 2023 (JUMAAT)
[SIRI 4]
๐ Tajuk : Sejarah Bahagian A & B
⏰ Masa : 3.30 - 5.00 petang
๐ฉ๐ป๐ซ Penceramah : Cikgu Yuhanisah binti Jemahar & Cikgu Nur Fadhlina binti Khairuddin
๐ซ Sekolah : SRAB Muar, Johor & SK Gopeng, Taman Gopeng Baru Perak
Rujuk JADUAL PENUH di pautan :
https://www.akademiyoutuber.com/2023/01/live-skor-uasa-sekolah-rendah-anjuran.html
✅ E-sijil disediakan kepada semua peserta pada penghujung siri program
#AkademiYoutuber
#JPNSabah
#UASASekolahRendah
ISTIGHFAR (MOHON AMPUN)
Jom kita amalkan beristighfar. Paling malas pun seribu kali sehari. Kita ni kan hamba Allah. Selaku seorang hamba yang sering lupa dan kerap buat kesilapan, banyak-banyakkanlah beristighfar. Istighfar ni satu ibadah ye. Aku ni pun pandai je suruh orang istighfar tapi aku pun kadang terlupa.๐
Kita digalakkan untuk beristighfar sebanyak-banyaknya. Para Nabi sentiasa melazimi istighfar dalam kehidupan mereka walaupun mereka adalah golongan yang paling terpelihara. Apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang sangat banyak berdosa.
Istighfar juga sumber kepada penyelesaian masalah hidup dan sumber keberkatan hidup. Tak susah pun nak beristighfar ni, tengah bawak kereta, berjoging, berjalan biasakan mulut tu basah dengan istghfar.
Istighfar tu tanda seorang hamba kembali kepada Allah dan memohon ampun atas segala dosa-dosanya. Ia perlu diiringi dengan rasa penyesalan dan azam untuk tidak mengulangi lagi dosa tersebut.
Moga kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa hidup dalam keberkatan dan sedaya upaya memperbaiki diri ke arah kebaikan.
Wallahualam.
๐ด [LIVE] SKOR CEMERLANG UASA SEKOLAH RENDAH ANJURAN AKADEMI YOUTUBER DENGAN KERJASAMA JPN SABAH [SIRI 2 DAN SIRI 3]
SKOR CEMERLANG UASA [Ujian Akhir Sesi Akademik] anjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama JPN Sabah akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
05 JANUARI 2023 (KHAMIS)
[SIRI 2]
๐ Tajuk : Matematik Bahagian A
⏰ Masa : 8.00 - 9.00 malam
๐ฉ๐ป๐ซ Penceramah : Cikgu Lusia Binti Gampalid
๐ซ Sekolah : SK Kota Marudu II, Kota Marudu, Sabah
✅ Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=tu4ZxfD_CQk
[SIRI 3]
๐ Tajuk : Bahasa Melayu Bahagian D
⏰ Masa : 9.00 - 10.00 malam
๐ฉ๐ป๐ซ Penceramah : Cikgu Nariza binti Masdar
๐ซ Sekolah : SK Kangkar Pulai, Johor
✅ Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=Sy1xWSC8fcA
Rujuk JADUAL PENUH di pautan :
https://www.akademiyoutuber.com/2023/01/live-skor-uasa-sekolah-rendah-anjuran.html
✅ E-sijil disediakan kepada semua peserta pada penghujung siri program
#AkademiYoutuber
#JPNSabah
#UASASekolahRendah
SENYUM DAN KETULUSAN HATI
“Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu”
(HR. Tirmidzi, Ibnu Hibban).
Pahala yang senang kita dapat setiap hari.
"Senyum Itu Indah dan bukti ketulusan hati"
Senyum bukan hanya dibibir, biarlah sampai ke hati.
Senyumlah.
๐ด [LIVE] SKOR A UASA SEKOLAH RENDAH ANJURAN AKADEMI YOUTUBER DENGAN KERJASAMA JPN SABAH
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera
SKOR A UASA [Ujian Akhir Sesi Akademik] anjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama JPN Sabah akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
[SIRI 1]
๐ 04 Januari 2023 (Rabu)
๐ Tajuk : Bahasa Melayu bahagian C
⏰ Masa : 9.00 - 10.00 malam
๐ฉ๐ป๐ซ Penceramah : Cikgu Mohd Rashidee bin Abdul Manaf
๐ซ Sekolah : SJK (C) Bachang, Melaka
✅ Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=NXD32DZmuJg
Rujuk JADUAL PENUH di pautan :
https://www.akademiyoutuber.com/2023/01/live-skor-uasa-sekolah-rendah-anjuran.html
๐ PERCUMA untuk seluruh murid tahun 4, 5 dan 6 serta guru mata pelajaran dijemput hadir.
๐Anjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
✅ E-sijil disediakan kepada semua peserta pada penghujung siri program
✅ Kongsikan pautan ini untuk makluman ramai
#AkademiYoutuber
#JPNSabah
#UASASekolahRendah
BERPISAH : KENA MANDIKAN KE?
Alhamdulillah3x...
Sedang mamai baru bangun tidur, handphone berdering... Owh, kawan sekerja. Aku jawab salamnya dan dia ada sedikit persoalan. Dia bertanya tentang jari ayahnya yang dipotong disebabkan sakit kencing manis. Allahu.
Macamana nak uruskan jari ayahnya dan nak kena mandikan ke jari tu katanya. Allahu.
Aku jawab tak perlu mandi kot, terus tanam. (Ada 'kot' pada jawapan aku sebab aku sendiri dalam ragu-ragu). Jangan tak tanam nanti kena makan anjing. Dan aku juga mengaku kurang pasti dengan jawapan yang aku berikan dan dia berlapang dada terima jawapan aku dan cuba untuk cari lagi jawapan yang pasti. (Baik sungguh kawan aku ni, anak soleh).
Aku tahu dia bertanya dengan harapan aku dapat menyelesaikan masalahnya. Dan aku cuba mencari sumber soheh dari artikel-artikel ustaz-ustaz yang dipercayai untuk penyelesaian tepat permasalahan kawan aku.
Alhamdulillah aku dapat jawapannya. Jadinya aku ringkaskan lah bagi senang faham. Dalam masalah ni dia ada dua situasi.
SITUASI PERTAMA;
anggota badan dipotong dan tuannya masih hidup.
Jadinya, anggota badan tu kena tanam sahaja dan tak perlu mandikan atau solatkan.
Berkata Imam Nawawi : Artinya : “Telah menukilkan oleh Imam Al-Mutawali akan sepakat ulamak berkenaan masalah di atas. Maka berkata ia : Tidak ada perselisihan bahawa tangan yang terpotong pada kes hudud mencuri dan qisas tidak dimandikan dan tidak disembahyangkan atasnya dan tetapi dibungkus dalam sehelai kain dan kemudian ditanam.”
(Al-Majmu’ Syarah Muhazzab : 5/254)
SITUASI KEDUA:
anggota badan dijumpai dimana tuannya telah mati. Jadinya anggota tu perlu dimandikan, solatkan dan ditanam.
Berkata Imam Nawawi : Artinya : “Pada mazhab ulamak pada masalah apabila dijumpai sebahagian sahaja mayat maka telah kami sebutkan pada mazhab kami bahwasanya disembahyangkan atasnya samada sedikit sahaja anggota yang dijumpai itu atau banyak.” (Al-Majmu’ Syarah Muhazzab)
Wallahu 'alam
2023 : REALISTIK DAN ISTIQOMAH.
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ya, tahun baru 2023. Masing-masing dah memasang azam dan selangit cita-cita baharu untuk jadi yang lebih baik dari tahun lalu. Aku juga begitu. Namun aku perlu realistik.
Alhamdulillah, tahun 2022 Allah tempatkan aku di nuansa energi bersama insan-insan positif. Terima kasih Allah.
2023, cukuplah sekadarnya. Realistik dan istiqomah. Benda paling susah bagi aku, sungguh.
Jadi diri aku. Macamnana tu...? Buatlah semampu aku. biar sedikit asalkan berterusan sampai bila-bila, itulah istiqomah. Jangan buat ikut hawa nafsu nanti lesu, lepas tu berhenti separuh jalan.
Tapi kan nak sampai tahap istiqomah tu selalu aku gagal. Aku manusia. Aku hambaNya. Hati selalu bebolak balik, terkadang tu aku gerun sendiri jika hatiku masih berbolak balik di saat nyawa di hujung tanduk.
Sampai bila aku nak puaskan hati dan harap perhatian manusia. Cukup-cukuplah. Terkadang aku gerun ikhlasku senipis kulit bawang. Usia semakin meningkat namun stamina aku tak seperti dulu. Rancang satu-satu, buat satu-satu, dapat pun satu-satu inshaaAllah dan kepuasan itu hanya aku yang tahu. Itulah realistik. Jadilah aku sahaja mengharap redhoNya. Aku bukan siapa-siapa.
Aku bukan orang lain yang ada magis, dapat susun beribu perancangan dan sukses kesemuanya. Andai itu aku buat juga, aku akan hancur dan aku akan gagal. Hanya aku sahaja yang tahu siapa aku.
2023. Harapan aku padaNya agar terus dipinjamkan kesihatan dan stamina sepanjang usia untuk aku terus realistik dan istiqomah dengan apa yang aku lakukan.
Muhasabah 2023.
-Sunan-