Archive for December 2022
DOAKU BUAT PASANGAN MEMPELAI
Ramai sahabat-sahabat yang bakal mendirikan rumah tangga di waktu cuti sekolah ni, anak kawan aku pun ada yang bakal menyambut menantu. Aku bila lagi? hahaha anak aku belum tumbuh gigi lagi. Inshaa allah masanya akan tiba juga hanya Allah yang bakal menentukan samada aku sempat atau tak menjadi walinya akan datang kelak.
Doa ni juga selalu aku ucapkan pada kawan-kawan yang menyambut ulang tahun perkawinan dorang, moga rumah tangga dan ikatan perkahwinan dorang sentiasa dalam sakinah (kedamaian), mawaddah (kecintaan) dan rahmah (kasih sayang) dari Allah swt... Ameen.
Selamat pengantin baru buat semua pasangan mempelai. Semoga kebahagiaan milik kalian hingga ke syurga.
SIGNAL DAN ADAB
* Sejujurnya, anda di mana bila berlaku situasi begini... a,b,c,d,e,f atau g...?
NIKMAT YANG SERING DIPERSIAKAN
Salam penghulu segala hari...Jumaat.
Moga sahabat-sahabat ceria selalu.. syukur.
Sarapan apa pagi ni, nak lunch apa nanti, dinner kat restoren mana malam ni... terpulang pada sahabat semua. Dapat merasai pelbagai masakan yang sedap-sedap adalah satu nikmat... syukur.
Cuti berteman batuk yg menjengkelkan, namun tetap bersyukur, kalau tak kau bedal makan macam-macam kan... kata nabi kalau makan tu 'makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang' kan... tapi kau tak ikut pun, masih selera kan... jaga2 ade yg tunggu tu...huii... 👻
Masih dalam fasa warm up menggodeh pujaan hati,
laptopku. Mengisi kelapangan masa yang sering berbaring melayan kepala yang
senoneng. Konon2 nak cari idea yang fresh. Mungkin boleh dikongsi.
Alhamdulillah, jari-jari pinjaman ni masih boleh menekan keyboard... syukur. .
Nak buat ape ni...?
Nak diet lah... tapi takut kelaut.
BEREHATLAH DUHAI GURU
.
Kerna kau manusia biasa,
Kerna kau juga punya keluarga,
Leraikanlah lelahmu,
Cukup dulu kau tebar samudera ilmu.
.
Bertenanglah,
Pulihkan kewarasanmu,
Hingga kau ketemu sinar,
Kau masih punya harapan.
.
Kumpulkanlah kudratmu,
Agar terus kuat bertenaga,
Menumpah segala ilmu,
Menerjah hebat ke masa hadapan.
.
Moga tabah jadi pendinding,
Moga ikhlas hiasan hati,
Moga anak bangsa terus terbimbing,
Moga ilmu mekar diberkati.
.
-sunan-
MAJLIS SELAUT KASIH SELAYAR KENANGAN
TEASER SAY YUMMY!!!
ROTI JALA SARA
JOM KEMAS BLOG YANG BERSAWANG NI!!!
Serius lah nak buat blog baru??? Bagi aku memang tak lah nak buat yang baru. Cuma aku boleh upgrade je blogspot ni jadi domain, baru gempak kan... post-post aku yang lama tu aku biarkan dulu samada nak buang atau kekal sampai bila-bila. Semenjak tahun 2013 aku tinggalkan dunia blogger ni, kiranya dah 10 tahun la blog aku ni bersawang.
Fokus sekarang kena tukar segala tajuk-tajuk penting, mulanyakan blog ni lebih kepada bisnes, sekarang aku nak cuba cacamarbakan lagi biar pening orang tengok... hahaha
Apapun yang terjadi untuk hari ini dan hari-hari yang mendatang aku serah pada Allah swt. Aku hanya merancang dan yang selebihnya tu hanya Allah Yang Maha Kuasa menentukan.
Wallahu 'alam...