Archive for 2023

๐Ÿ”ด [LIVE] SKOR CEMERLANG UASA SEKOLAH RENDAH ANJURAN AKADEMI YOUTUBER DENGAN KERJASAMA JPN SABAH [SIRI 8]


 Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera


SKOR CEMERLANG UASA [Ujian Akhir Sesi Akademik] anjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama JPN Sabah akan diadakan mengikut ketetapan berikut :


07 JANUARI 2023 (SABTU)


[SIRI  8]

๐Ÿ“š Tajuk : Bahasa Inggeris Part 4 & 5

⏰ Masa : 8.30 malam

๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐Ÿซ Penceramah : Zatusy Syamam binti Naim 

๐Ÿซ Sekolah : SK Tambun Tulang, Perlis

✅ Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=l7wPJP7dWjQ


Rujuk JADUAL PENUH di pautan :

https://www.akademiyoutuber.com/2023/01/live-skor-uasa-sekolah-rendah-anjuran.html


✅ E-sijil disediakan kepada semua peserta pada penghujung siri program


#AkademiYoutuber

#JPNSabah

#UASASekolahRendah

Saturday, 7 January 2023

TIGA SIFAT JAMINAN SYURGA


Assalamualaikum semua, baiklah hari ni aku nak kongsikan satu hadis tentang tajuk di bawah ni, jom baca sama-sama, mudah-mudahan kita beroleh kebaikan seperti yang dianjurkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad saw.

Tiga Sifat Mendapat Jaminan Syurga

ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ุฃُู…َุงู…َุฉَ ู‚َุงู„َ ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุฃَู†َุง ุฒَุนِูŠู…ٌ ุจِุจَูŠْุชٍ ูِูŠ ุฑَุจَุถِ ุงู„ْุฌَู†َّุฉِ ู„ِู…َู†ْ ุชَุฑَูƒَ ุงู„ْู…ِุฑَุงุกَ ูˆَุฅِู†ْ ูƒَุงู†َ ู…ُุญِู‚ًّุง ูˆَุจِุจَูŠْุชٍ ูِูŠ ูˆَุณَุทِ ุงู„ْุฌَู†َّุฉِ ู„ِู…َู†ْ ุชَุฑَูƒَ ุงู„ْูƒَุฐِุจَ ูˆَุฅِู†ْ ูƒَุงู†َ ู…َุงุฒِุญًุง ูˆَุจِุจَูŠْุชٍ ูِูŠ ุฃَุนْู„َู‰ ุงู„ْุฌَู†َّุฉِ ู„ِู…َู†ْ ุญَุณَّู†َ ุฎُู„ُู‚َู‡ُ


Dari Abu Umamah ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan pendustaan meskipun bersifat gurau, Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang memperelok akhlaknya." (HR Abu Daud No: 4167) Status: Sanad Sahih


Pengajaran:

Rasulullah memberikan jaminan syurga kepada mereka yang memiliki sifat-sifat berikut:

1.  Meninggalkan perdebatan walaupun dia dipihak yang benar. 

a.  Orang yang berdebat @ berbantah-bantahan, akan berusaha mengalahkan lawannya dengan berbagai cara seperti mencela, memperleceh dan menghina lawannya dan menunjukkan keegoan untuk mempertahankan pandangannya.

b.  Tidak semua perdebatan dilarang. Contoh yang dibenarkan ketika mempertahankan aqidah. Walaubagaimanapun berdiskusi itu lebih baik.


2.  Meninggalkan perbuatan berbohong meskipun bersifat gurauan.
(Islam menuntut kejujuran dalam pertuturan mahupun penulisan)


3.  Memperelok akhlaknya.
(Berbudi pekerti mulia ketika berinteraksi dan  berhubungan dengan kawan dan lawan)


Milikilah sifat yang Rasulullah SAW memberi jaminan syurga. Orang yang meninggalkan perdebatan, rumahnya ditepi syurga. Orang yang meninggalkan pendustaan, rumahnya ditengah syurga. Orang yang memperelok akhlaknya, rumahnya paling tinggi di syurga.


#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

telegram.me/hadisharian_ikram

๐Ÿ”ด [LIVE] SKOR CEMERLANG UASA SEKOLAH RENDAH ANJURAN AKADEMI YOUTUBER DENGAN KERJASAMA JPN SABAH [SIRI 7]

 

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera


SKOR CEMERLANG UASA [Ujian Akhir Sesi Akademik] anjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama JPN Sabah akan diadakan mengikut ketetapan berikut :


07 JANUARI 2023 (SABTU)

[SIRI  7]

๐Ÿ“š Tajuk : Sains Bahagian A & B

⏰ Masa : 3.30 petang

๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐Ÿซ Penceramah : Hamidah binti Mat & Nor Hayati binti Ismail 

๐Ÿซ Sekolah : SK Senawang, Negeri Sembilan & SK Pekan Baharu, Johor

✅ Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=p5AuES6A9lA

Rujuk JADUAL PENUH di pautan :

https://www.akademiyoutuber.com/2023/01/live-skor-uasa-sekolah-rendah-anjuran.html


✅ E-sijil disediakan kepada semua peserta pada penghujung siri program


#AkademiYoutuber

#JPNSabah

#UASASekolahRendah

KEBAIKAN MINYAK ZAITUN



Assalamualaikum semua...
Ini adalah perkongsian pemakanan sihat yang selalu aku amalkan.
Aku dah amalkan minum minyak zaitu Olivie Plus 30x sejak 5 tahun yang lalu hingga sekarang, alhamdulillah dengan izin Allah aku sihat. Jom kita ambil tahu serba sedikit tentangOlivie Plus 30x ni.

Tahukah Anda?
Hydroxytyrosol merupakan satu-satunya antioxidant yang hanya terdapat dalam minyak zaitun dan paling cepat meresap ke dalam sel tubuh. Keadaan tanah yang gersang, cuaca panas yang melampau dan sistem pengairan yang minimum serta tiada baja atau racun serangga yang digunakan menyebabkan tahap pertahanan spesis pokok zaitun sangat tinggi untuk terus hidup dan sekaligus menghasilkan buah zaitun yang berkhasiat tinggi.

Antara kelebihan Olivie Plus 30x adalah:
Mengandungi 30 kali ganda lebih antioxidant (Hydroxytyrosol) berbanding minyak zaitun extra virgin biasa
Mengandungi 10 kali ganda lebih antioxidant (tyrosol) berbanding minyak zaitun extra virgin biasa.
100% asli, tidak bercampur dan tidak bertapis.
Diiktiraf organik oleh USDA & EU.
Khasiat tertinggi berbanding 22 sampel dari 4 buah negara Mediterranean.
Dihasilkan dari hanya sekali perahan menggunakan teknik Mechanically Cold-Pressed.
Diimport dari E-Borouj, Maghribi.

Jom kita sama-sama amalkan minum minyak zaitun ni dan mengekalkan gaya hidup sihat.

๐Ÿ”ด [LIVE] SKOR CEMERLANG UASA SEKOLAH RENDAH ANJURAN AKADEMI YOUTUBER DENGAN KERJASAMA JPN SABAH [SIRI 6]

 


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

SKOR CEMERLANG UASA [Ujian Akhir Sesi Akademik] anjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama JPN Sabah akan diadakan mengikut ketetapan berikut : 

06 JANUARI 2023 (JUMAAT)

[SIRI  6]
๐Ÿ“š Tajuk : Tajuk : Bahasa Inggeris Part 1, 2 & 3
⏰ Masa : 9.30 - 10.30 malam
๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐Ÿซ Penceramah : Madam Zatusy Syamam Binti Naim
๐Ÿซ Sekolah : SK Tambun Tulang, Arau, Perlis

Rujuk JADUAL PENUH di pautan : 

✅ E-sijil disediakan kepada semua peserta pada penghujung siri program

#AkademiYoutuber
#JPNSabah
#UASASekolahRendah

Friday, 6 January 2023

ARUZR : BUMBLE BEE #1155


Assalamualaikum...

Hahahaaa inilah kalau aku dah tak cukup kerja, jadinya aku mendeko-dekolah benda yang pelik-pelik.


Antaranya kereta aku ni. Sebenarnya aku deko gambar kereta ni selepas aku ambil kereta ni tahun 2019. Sebelum tu aku dah rancang dalam wad nak beli kereta baru tukar myvi (king) aku tu yang dah 10 tahun berjasa. Aku suka myvi sebab dia lincah.

 Masa rawatan dalam wad tu aku berkira-kira lebihan duit cukup ke nak bayar kereta baru bulanan. Habis kira-kira jawapannya alhamdulillah cukup.


Dalam wad aku dah survey kereta apa yang aku nak. Pilihan pertama mesti tinggi dan kedua mesti perodua. Ketiga cari jurujual dari perodua. Aku pilih jurujual dari Perodua Seri Kembangan. Disebabkan aku di Johor makanya kereta dipos ke Johor. Alhamdulillah, Allah permudahkan untuk dapatkan kereta baru, seminggu dapat kereta. Jurujual tu memang osem dan pantas buat kerja.

Myvi aku? Aku trade in dengan Aruz ni. Tak dapat banyak sebab myvi tu macam dah lunyai aku kerjakan. Terima kasih atas jasamu myviku.


Alhamdulillah, dengan Aruz yang baru ni dapat aku lunaskan niat nak bawa keluarga keliling semenanjung Malaysia.

Alhamdulillah3x...

๐Ÿ”ด [LIVE] SKOR CEMERLANG UASA SEKOLAH RENDAH ANJURAN AKADEMI YOUTUBER DENGAN KERJASAMA JPN SABAH [SIRI 5]

 

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera


SKOR CEMERLANG UASA [Ujian Akhir Sesi Akademik] anjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama JPN Sabah akan diadakan mengikut ketetapan berikut : 


06 JANUARI 2023 (JUMAAT)

[SIRI  5]
๐Ÿ“š Tajuk : Bahasa Melayu bahagian A
⏰ Masa : 8.30 - 9.30 malam
๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐Ÿซ Penceramah : Cikgu Nurlisa binti Kamba
๐Ÿซ Sekolah : SK Saint John, Beaufort, Sabah

Rujuk JADUAL PENUH di pautan : 

✅ E-sijil disediakan kepada semua peserta pada penghujung siri program

#AkademiYoutuber
#JPNSabah
#UASASekolahRendah

SEDEKAH SUBUH : ADA KE?


Assalamualaikum...

Ada ke sedekah yang dinamakan sedekah subuh ni...? Haaa jom kita tengok.

Saranan ini dikatakan bersumber kepada satu hadis yang menyatakan bahawa malaikat yang turun pada waktu pagi, akan mendoakan balasan harta kepada orang yang memberi sedekah.

Maksudnya : Tidak ada hari yang mana para hamba itu berpagian padanya melainkan terdapat dua malaikat yang turun, lalu salah satu dari mereka berkata : “Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang melakukan infaq (sedekah)”. Manakala malaikat yang satu lagi berkata : “Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (dari sedekah)”.
[Riwayat Al-Bukhari (1442), Muslim (1010)]


Hal ini seolah-olah menggambarkan ada sedekah khusus yang perlu dilakukan pada waktu Subuh. Walau bagaimanapun, menurut Ustaz Muhammad Fahmi Rusli, salah seorang penulis bagi laman web Mufti Wilayah Persekutuan, beliau berkata bahawa hadis ini tidak menunjukkan tentang sedekah pada waktu Subuh, tetapi tentang dua malaikat yang turun pada waktu ini dan mendoakan semua orang yang bersedekah tidak kira pada bila-bila masa.


Bahkan dalam riwayat lain, ada juga diceritakan tentang malaikat yang turun pada waktu Maghrib lalu mendoakan orang yang bersedekah, tetapi hal ini tidak pula disebut-sebut sebagai Sedekah Maghrib.


“Dan tidak terbenam matahari melainkan pada dua sudutnya terdapat dua malaikat yang menyeru : Ya Allah, berikanlah gantian kepada orang yang menginfaqkan (hartanya). Dan berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (kedekut dan bakhil).”
 (Riwayat Ibn Hibban dalam Sahih Ibn Hibban (3329)


Sekarang jelaslah bahawa tidak ada sedekah yang dikhususkan pada waktu Subuh. Menurut Ustaz Muhammad Fahmi Rusli lagi, hal ini berbeza dalam beberapa keadaan yang dinyatakan dalam dalil sahih, bahawa ganjaran amal soleh memang dilipatgandakan apabila dilakukan pada bulan Ramadan, di bulan-bulan haram dan di dua tanah haram.


Pilihlah untuk bersedekah pada bila-bila masa sekalipun. Keistimewaan sentiasa ada buat orang yang bersedekah.


Wallahu'alam...









๐Ÿ”ด [LIVE] SKOR CEMERLANG UASA SEKOLAH RENDAH ANJURAN AKADEMI YOUTUBER DENGAN KERJASAMA JPN SABAH [SIRI 4]


 Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

SKOR CEMERLANG UASA [Ujian Akhir Sesi Akademik] anjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama JPN Sabah akan diadakan mengikut ketetapan berikut : 


06 JANUARI 2023 (JUMAAT)

[SIRI  4]

๐Ÿ“š Tajuk : Sejarah Bahagian A & B

⏰ Masa : 3.30 - 5.00 petang

๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐Ÿซ Penceramah : Cikgu Yuhanisah binti Jemahar & Cikgu Nur Fadhlina binti Khairuddin

๐Ÿซ Sekolah : SRAB Muar, Johor & SK Gopeng, Taman Gopeng Baru Perak


Rujuk JADUAL PENUH di pautan : 

https://www.akademiyoutuber.com/2023/01/live-skor-uasa-sekolah-rendah-anjuran.html


✅ E-sijil disediakan kepada semua peserta pada penghujung siri program

#AkademiYoutuber

#JPNSabah

#UASASekolahRendah

Thursday, 5 January 2023

ISTIGHFAR (MOHON AMPUN)

 

Assalamualaikum dan salam Jumaat barokah, penghulu segala hari...

Jom kita amalkan beristighfar. Paling malas pun seribu kali sehari. Kita ni kan hamba Allah. Selaku seorang hamba yang sering lupa dan kerap buat kesilapan, banyak-banyakkanlah beristighfar. Istighfar ni satu ibadah ye. Aku ni pun pandai je suruh orang istighfar tapi aku pun kadang terlupa.๐Ÿ˜…


Kita digalakkan untuk beristighfar sebanyak-banyaknya. Para Nabi sentiasa melazimi istighfar dalam kehidupan mereka walaupun mereka adalah golongan yang paling terpelihara. Apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang sangat banyak berdosa. 


Istighfar juga sumber kepada penyelesaian masalah hidup dan sumber keberkatan hidup. Tak susah pun nak beristighfar ni, tengah bawak kereta, berjoging, berjalan biasakan mulut tu basah dengan istghfar.


Istighfar tu tanda seorang hamba kembali kepada Allah dan memohon ampun atas segala dosa-dosanya. Ia perlu diiringi dengan rasa penyesalan dan azam untuk tidak mengulangi lagi dosa tersebut.


Moga kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa hidup dalam keberkatan dan sedaya upaya memperbaiki diri ke arah kebaikan.


Wallahualam.

๐Ÿ”ด [LIVE] SKOR CEMERLANG UASA SEKOLAH RENDAH ANJURAN AKADEMI YOUTUBER DENGAN KERJASAMA JPN SABAH [SIRI 2 DAN SIRI 3]




 Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera


SKOR CEMERLANG UASA [Ujian Akhir Sesi Akademik] anjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama JPN Sabah akan diadakan mengikut ketetapan berikut : 


05 JANUARI 2023 (KHAMIS)


[SIRI  2]

๐Ÿ“š Tajuk : Matematik Bahagian A

⏰ Masa : 8.00 - 9.00 malam

๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐Ÿซ Penceramah : Cikgu Lusia Binti Gampalid

๐Ÿซ Sekolah : SK Kota Marudu II, Kota Marudu, Sabah

✅ Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=tu4ZxfD_CQk


[SIRI  3]

๐Ÿ“š Tajuk : Bahasa Melayu Bahagian D

⏰ Masa : 9.00 - 10.00 malam

๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐Ÿซ Penceramah : Cikgu Nariza binti Masdar

๐Ÿซ Sekolah : SK Kangkar Pulai, Johor

✅ Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=Sy1xWSC8fcA


Rujuk JADUAL PENUH di pautan : 

https://www.akademiyoutuber.com/2023/01/live-skor-uasa-sekolah-rendah-anjuran.html

✅ E-sijil disediakan kepada semua peserta pada penghujung siri program


#AkademiYoutuber

#JPNSabah

#UASASekolahRendah

Wednesday, 4 January 2023

SENYUM DAN KETULUSAN HATI

 


Assalamualaikum...
Senyum, tak perlu kata apa-apa...
benda paling senang untuk kita buat untuk tenangkan diri sendiri dan gembirakan orang lain.

Dari Abu Dzar RA, Rasululllah SAW bersabda, maksudnya;
  “Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu”  

 (HR. Tirmidzi, Ibnu Hibban).

 

Haaa... benda simple pun boleh jadi sedekah. Tak rugi pun sebenarnya kalau kita amalkan senyum ni. 

Sedekah yang paling senang nak buat kan! Kalau kau berselisih dengan someone, dia bagi senyum atau kita bagi senyum rasa lapang hati kan. Tapi kalau tambah sikit lagi dengan ucapan "salam"... Ya Allah lagi baik gaiss! kerana memberi salam itu adalah doa untuk kesejahteraan kita kan! Malaikat pun akan berdoa kepada kita. Banyak gais rahmat Allah dengan ucapan salam dan senyum ini....
Pahala yang senang kita dapat setiap hari. 

Senyum juga mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik dengan menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah. Luahkan ketulusan hati tu agar lebih bersih dan indah dengan tersenyum.

"Senyum Itu Indah dan bukti ketulusan hati"
Senyum bukan hanya dibibir, biarlah sampai ke hati.
 Energi senyum dengan penuh keikhlasan akan memberi kita kedamaian dan ketenangan jiwa serta kebahagiaan untuk diri kita dan juaga orang lain.

Senyumlah.

๐Ÿ”ด [LIVE] SKOR A UASA SEKOLAH RENDAH ANJURAN AKADEMI YOUTUBER DENGAN KERJASAMA JPN SABAH




๐Ÿ”ด [LIVE] SKOR A UASA SEKOLAH RENDAH ANJURAN AKADEMI YOUTUBER DENGAN KERJASAMA JPN SABAH [SIRI 1]

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

SKOR A UASA [Ujian Akhir Sesi Akademik] anjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama JPN Sabah akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

[SIRI  1]
๐Ÿ“Œ 04 Januari 2023 (Rabu)
๐Ÿ“š Tajuk : Bahasa Melayu bahagian C
⏰ Masa : 9.00 - 10.00 malam
๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐Ÿซ Penceramah : Cikgu Mohd Rashidee bin Abdul Manaf
๐Ÿซ Sekolah : SJK (C) Bachang, Melaka

✅ Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=NXD32DZmuJg

Rujuk JADUAL PENUH di pautan :
https://www.akademiyoutuber.com/2023/01/live-skor-uasa-sekolah-rendah-anjuran.html


๐Ÿ“ PERCUMA untuk seluruh murid tahun 4, 5 dan 6 serta guru mata pelajaran dijemput hadir.

๐Ÿ“ŒAnjuran Akademi Youtuber dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

✅ E-sijil disediakan kepada semua peserta pada penghujung siri program

✅ Kongsikan pautan ini untuk makluman ramai


#AkademiYoutuber
#JPNSabah
#UASASekolahRendah

Tuesday, 3 January 2023

BERPISAH : KENA MANDIKAN KE?

 


Alhamdulillah3x...

Sedang mamai baru bangun tidur, handphone berdering... Owh, kawan sekerja. Aku jawab salamnya dan dia ada sedikit persoalan. Dia bertanya tentang jari ayahnya yang dipotong disebabkan sakit kencing manis. Allahu. 

Macamana nak uruskan jari ayahnya dan nak kena mandikan ke jari tu katanya. Allahu. 

Aku jawab tak perlu mandi kot, terus tanam. (Ada 'kot' pada jawapan aku sebab aku sendiri dalam ragu-ragu). Jangan tak tanam nanti kena makan anjing. Dan aku juga mengaku kurang pasti dengan jawapan yang aku berikan dan dia berlapang dada terima jawapan aku dan cuba untuk cari lagi jawapan yang pasti. (Baik sungguh kawan aku ni, anak soleh).

Aku tahu dia bertanya dengan harapan aku dapat menyelesaikan masalahnya. Dan aku cuba mencari sumber soheh dari artikel-artikel ustaz-ustaz yang dipercayai untuk penyelesaian tepat permasalahan kawan aku.

Alhamdulillah aku dapat jawapannya. Jadinya aku ringkaskan lah bagi senang faham. Dalam masalah ni dia ada dua situasi.

SITUASI PERTAMA;
anggota badan dipotong dan tuannya masih hidup.
Jadinya, anggota badan tu kena tanam sahaja dan tak perlu mandikan atau solatkan.

Berkata Imam Nawawi : Artinya : “Telah menukilkan oleh Imam Al-Mutawali akan sepakat ulamak berkenaan masalah di atas.  Maka berkata ia : Tidak ada perselisihan bahawa tangan yang terpotong pada kes hudud mencuri dan qisas tidak dimandikan dan tidak disembahyangkan atasnya dan tetapi dibungkus dalam sehelai kain dan kemudian ditanam.” 

(Al-Majmu’ Syarah Muhazzab : 5/254)

SITUASI KEDUA:
anggota badan dijumpai dimana tuannya telah mati. Jadinya anggota tu perlu dimandikan, solatkan dan ditanam.

Berkata Imam Nawawi : Artinya : “Pada mazhab ulamak pada masalah apabila dijumpai sebahagian sahaja mayat maka telah kami sebutkan pada mazhab kami bahwasanya disembahyangkan atasnya samada sedikit sahaja anggota yang dijumpai itu atau banyak.” (Al-Majmu’ Syarah Muhazzab)

Wallahu 'alam

Monday, 2 January 2023

2023 : REALISTIK DAN ISTIQOMAH.

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ya, tahun baru 2023. Masing-masing dah memasang azam dan selangit cita-cita baharu untuk jadi yang lebih baik dari tahun lalu. Aku juga begitu. Namun aku perlu realistik. 


Alhamdulillah, tahun 2022 Allah tempatkan aku di nuansa energi bersama insan-insan positif. Terima kasih Allah.


2023, cukuplah sekadarnya. Realistik dan istiqomah. Benda paling susah bagi aku, sungguh.


Jadi diri aku. Macamnana tu...? Buatlah semampu aku. biar sedikit asalkan berterusan sampai bila-bila, itulah istiqomah. Jangan buat ikut hawa nafsu nanti lesu, lepas tu berhenti separuh jalan. 


Tapi kan nak sampai tahap istiqomah tu selalu aku gagal. Aku manusia. Aku hambaNya. Hati selalu bebolak balik, terkadang tu aku gerun sendiri jika hatiku masih berbolak balik di saat nyawa di hujung tanduk.  


Sampai bila aku nak puaskan hati dan harap perhatian manusia. Cukup-cukuplah. Terkadang aku gerun ikhlasku senipis kulit bawang. Usia semakin meningkat namun stamina aku tak seperti dulu. Rancang satu-satu, buat satu-satu, dapat pun satu-satu inshaaAllah dan kepuasan itu hanya aku yang tahu. Itulah realistik.  Jadilah aku sahaja mengharap redhoNya. Aku bukan siapa-siapa.


Aku bukan orang lain yang ada magis, dapat susun beribu perancangan dan sukses kesemuanya. Andai itu aku buat juga, aku akan hancur dan aku akan gagal. Hanya aku sahaja yang tahu siapa aku. 


2023. Harapan aku padaNya agar terus dipinjamkan kesihatan dan stamina sepanjang usia untuk aku terus realistik dan istiqomah dengan apa yang aku lakukan.


Muhasabah 2023.

-Sunan-


Sunday, 1 January 2023

::::::::::::::::::::: SUBHANALLAH :::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::: ALHAMDULILLAH :::::::::::::::::::

MY FRIENDS

TOTAL PAGEVIEWS

::::::::::::::::: LA ILAHA ILLALLAH :::::::::::::::::
encik sunan. Powered by Blogger.
:::::::::::::::::::: ALLAHU AKBAR ::::::::::::::::::::

- Copyright © ENCIK SUNAN -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -