Monday 2 January 2023

 


Alhamdulillah3x...

Sedang mamai baru bangun tidur, handphone berdering... Owh, kawan sekerja. Aku jawab salamnya dan dia ada sedikit persoalan. Dia bertanya tentang jari ayahnya yang dipotong disebabkan sakit kencing manis. Allahu. 

Macamana nak uruskan jari ayahnya dan nak kena mandikan ke jari tu katanya. Allahu. 

Aku jawab tak perlu mandi kot, terus tanam. (Ada 'kot' pada jawapan aku sebab aku sendiri dalam ragu-ragu). Jangan tak tanam nanti kena makan anjing. Dan aku juga mengaku kurang pasti dengan jawapan yang aku berikan dan dia berlapang dada terima jawapan aku dan cuba untuk cari lagi jawapan yang pasti. (Baik sungguh kawan aku ni, anak soleh).

Aku tahu dia bertanya dengan harapan aku dapat menyelesaikan masalahnya. Dan aku cuba mencari sumber soheh dari artikel-artikel ustaz-ustaz yang dipercayai untuk penyelesaian tepat permasalahan kawan aku.

Alhamdulillah aku dapat jawapannya. Jadinya aku ringkaskan lah bagi senang faham. Dalam masalah ni dia ada dua situasi.

SITUASI PERTAMA;
anggota badan dipotong dan tuannya masih hidup.
Jadinya, anggota badan tu kena tanam sahaja dan tak perlu mandikan atau solatkan.

Berkata Imam Nawawi : Artinya : “Telah menukilkan oleh Imam Al-Mutawali akan sepakat ulamak berkenaan masalah di atas.  Maka berkata ia : Tidak ada perselisihan bahawa tangan yang terpotong pada kes hudud mencuri dan qisas tidak dimandikan dan tidak disembahyangkan atasnya dan tetapi dibungkus dalam sehelai kain dan kemudian ditanam.” 

(Al-Majmu’ Syarah Muhazzab : 5/254)

SITUASI KEDUA:
anggota badan dijumpai dimana tuannya telah mati. Jadinya anggota tu perlu dimandikan, solatkan dan ditanam.

Berkata Imam Nawawi : Artinya : “Pada mazhab ulamak pada masalah apabila dijumpai sebahagian sahaja mayat maka telah kami sebutkan pada mazhab kami bahwasanya disembahyangkan atasnya samada sedikit sahaja anggota yang dijumpai itu atau banyak.” (Al-Majmu’ Syarah Muhazzab)

Wallahu 'alam

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments


::::::::::::::::::::: SUBHANALLAH :::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::: ALHAMDULILLAH :::::::::::::::::::

MY FRIENDS

TOTAL PAGEVIEWS

::::::::::::::::: LA ILAHA ILLALLAH :::::::::::::::::
encik sunan. Powered by Blogger.
:::::::::::::::::::: ALLAHU AKBAR ::::::::::::::::::::

- Copyright © ENCIK SUNAN -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -