Friday 6 January 2023


Assalamualaikum...

Hahahaaa inilah kalau aku dah tak cukup kerja, jadinya aku mendeko-dekolah benda yang pelik-pelik.


Antaranya kereta aku ni. Sebenarnya aku deko gambar kereta ni selepas aku ambil kereta ni tahun 2019. Sebelum tu aku dah rancang dalam wad nak beli kereta baru tukar myvi (king) aku tu yang dah 10 tahun berjasa. Aku suka myvi sebab dia lincah.

 Masa rawatan dalam wad tu aku berkira-kira lebihan duit cukup ke nak bayar kereta baru bulanan. Habis kira-kira jawapannya alhamdulillah cukup.


Dalam wad aku dah survey kereta apa yang aku nak. Pilihan pertama mesti tinggi dan kedua mesti perodua. Ketiga cari jurujual dari perodua. Aku pilih jurujual dari Perodua Seri Kembangan. Disebabkan aku di Johor makanya kereta dipos ke Johor. Alhamdulillah, Allah permudahkan untuk dapatkan kereta baru, seminggu dapat kereta. Jurujual tu memang osem dan pantas buat kerja.

Myvi aku? Aku trade in dengan Aruz ni. Tak dapat banyak sebab myvi tu macam dah lunyai aku kerjakan. Terima kasih atas jasamu myviku.


Alhamdulillah, dengan Aruz yang baru ni dapat aku lunaskan niat nak bawa keluarga keliling semenanjung Malaysia.

Alhamdulillah3x...

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments


::::::::::::::::::::: SUBHANALLAH :::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::: ALHAMDULILLAH :::::::::::::::::::

MY FRIENDS

TOTAL PAGEVIEWS

::::::::::::::::: LA ILAHA ILLALLAH :::::::::::::::::
encik sunan. Powered by Blogger.
:::::::::::::::::::: ALLAHU AKBAR ::::::::::::::::::::

- Copyright © ENCIK SUNAN -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -