Friday 6 January 2023


Assalamualaikum...

Ada ke sedekah yang dinamakan sedekah subuh ni...? Haaa jom kita tengok.

Saranan ini dikatakan bersumber kepada satu hadis yang menyatakan bahawa malaikat yang turun pada waktu pagi, akan mendoakan balasan harta kepada orang yang memberi sedekah.

Maksudnya : Tidak ada hari yang mana para hamba itu berpagian padanya melainkan terdapat dua malaikat yang turun, lalu salah satu dari mereka berkata : “Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang melakukan infaq (sedekah)”. Manakala malaikat yang satu lagi berkata : “Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (dari sedekah)”.
[Riwayat Al-Bukhari (1442), Muslim (1010)]


Hal ini seolah-olah menggambarkan ada sedekah khusus yang perlu dilakukan pada waktu Subuh. Walau bagaimanapun, menurut Ustaz Muhammad Fahmi Rusli, salah seorang penulis bagi laman web Mufti Wilayah Persekutuan, beliau berkata bahawa hadis ini tidak menunjukkan tentang sedekah pada waktu Subuh, tetapi tentang dua malaikat yang turun pada waktu ini dan mendoakan semua orang yang bersedekah tidak kira pada bila-bila masa.


Bahkan dalam riwayat lain, ada juga diceritakan tentang malaikat yang turun pada waktu Maghrib lalu mendoakan orang yang bersedekah, tetapi hal ini tidak pula disebut-sebut sebagai Sedekah Maghrib.


“Dan tidak terbenam matahari melainkan pada dua sudutnya terdapat dua malaikat yang menyeru : Ya Allah, berikanlah gantian kepada orang yang menginfaqkan (hartanya). Dan berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (kedekut dan bakhil).”
 (Riwayat Ibn Hibban dalam Sahih Ibn Hibban (3329)


Sekarang jelaslah bahawa tidak ada sedekah yang dikhususkan pada waktu Subuh. Menurut Ustaz Muhammad Fahmi Rusli lagi, hal ini berbeza dalam beberapa keadaan yang dinyatakan dalam dalil sahih, bahawa ganjaran amal soleh memang dilipatgandakan apabila dilakukan pada bulan Ramadan, di bulan-bulan haram dan di dua tanah haram.


Pilihlah untuk bersedekah pada bila-bila masa sekalipun. Keistimewaan sentiasa ada buat orang yang bersedekah.


Wallahu'alam...









Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments


::::::::::::::::::::: SUBHANALLAH :::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::: ALHAMDULILLAH :::::::::::::::::::

MY FRIENDS

TOTAL PAGEVIEWS

::::::::::::::::: LA ILAHA ILLALLAH :::::::::::::::::
encik sunan. Powered by Blogger.
:::::::::::::::::::: ALLAHU AKBAR ::::::::::::::::::::

- Copyright © ENCIK SUNAN -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -