Thursday 5 January 2023

 

Assalamualaikum dan salam Jumaat barokah, penghulu segala hari...

Jom kita amalkan beristighfar. Paling malas pun seribu kali sehari. Kita ni kan hamba Allah. Selaku seorang hamba yang sering lupa dan kerap buat kesilapan, banyak-banyakkanlah beristighfar. Istighfar ni satu ibadah ye. Aku ni pun pandai je suruh orang istighfar tapi aku pun kadang terlupa.😅


Kita digalakkan untuk beristighfar sebanyak-banyaknya. Para Nabi sentiasa melazimi istighfar dalam kehidupan mereka walaupun mereka adalah golongan yang paling terpelihara. Apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang sangat banyak berdosa. 


Istighfar juga sumber kepada penyelesaian masalah hidup dan sumber keberkatan hidup. Tak susah pun nak beristighfar ni, tengah bawak kereta, berjoging, berjalan biasakan mulut tu basah dengan istghfar.


Istighfar tu tanda seorang hamba kembali kepada Allah dan memohon ampun atas segala dosa-dosanya. Ia perlu diiringi dengan rasa penyesalan dan azam untuk tidak mengulangi lagi dosa tersebut.


Moga kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa hidup dalam keberkatan dan sedaya upaya memperbaiki diri ke arah kebaikan.


Wallahualam.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments


::::::::::::::::::::: SUBHANALLAH :::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::: ALHAMDULILLAH :::::::::::::::::::

MY FRIENDS

TOTAL PAGEVIEWS

::::::::::::::::: LA ILAHA ILLALLAH :::::::::::::::::
encik sunan. Powered by Blogger.
:::::::::::::::::::: ALLAHU AKBAR ::::::::::::::::::::

- Copyright © ENCIK SUNAN -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -